Sunday, July 13, 2014

Punca Sakit Belakang dan Tulang Belikat



Info kesihatan IM : JAGA MATA ANDA (Bahagian 1)
.
Sebagai Internet Marketer (IM), atau peniaga online, anda mesti banyak habiskan masa
anda depan komputer kan?

Tahukah anda akan bahaya kalau terlalu lama mengadap komputer?

Lepas hadap komputer hadap HP, Tab pula..
------

Apa bahayanya?

Dari segi aspek kesihatannya banyak,

Lagi-lagi dari segi MATA, JANTUNG dan PEREDARAN DARAH.

Mata, oleh kerana anda tengok objek dekat terlalu lama, mata anda boleh jadi rabun jauh...

Mata anda letih kerana terlalu fokus objek dekat pada masa yang lama..

Elakkan masalah ini dengan, mengamalkan konsep 20;20; 20..
Tengok objek (komputer) pada jarak lebih 20cm
Fokus kerja anda pada tempoh 20minit
Rehat sebentar 20 min atau 15min untuk rehatkan mata, lagi bagus keluar lihat objek yang jauh selama 10-15min...

Ulang-ulang teknik ini, untuk jaga mata kita, paling lama pun fokus depan komputer 30minit,
lepas tu rehat...

Mata kita nak pakai lama, apa guna kita KAYA tapi tak boleh melihat dengan baik?

Hargailah mata anda....


Di bahagian dua nanti saya cerita pula, tentang bahaya kepada jantung pula..insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Header

Header